Thursday, May 29, 2008

SIFAT ORANG BERIMAN : SENTIASA ZIKIR ALLAH

KULIAH OLEH UST OMAR BIN HJ SALEH DALAM IJTIMA’ AM PADA 24.2.2008
ORANG-ORANG BERIMAN SEPERTI YANG DISIFATKAN OLEH ALLAH DALAM AL QURAN
( DISUSUN OLEH SHEIKH MUHAMAD MAHMUD MUSTOFA UMAIR)
2 Orang mukmin sentiasa zikrirAllah ( ingat Allah)
Firman Allah dalam surah Al Imran: 190 – 191
       •    
                    • 
190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.
“Sesungguhnya pada kejadiaan langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang menjadi tanda-tanda ( kebesaran dan keagungan) bagi ulul albab ( orang beriman, orang bertaqwa dan ada fikiran – berfikir tentang kejadian alam dan seluruhnya. Mereka berfikir sampai beriman dan mentauhidkan Allah ) iaitu mereka yang ingat kepada Allah samaada waktu berdiri, duduk atau berdiri ( sentiasa ingat Allah ) dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi, mereka mengaku, tidak sia-sia Engkau jadikan semua ini, Maha Suci Engkau maka jauhkan kami daripada azab api neraka”.
Mereka sentiasa dalam zikir Allah, sentiasa ingat Allah, menyebut nama Allah dan bertindak mengikut apa yang dikehendaki Allah dan ianya tercetus dari hati. Mereka sentiasa berada dalam zikirAllah sepanjang masa dan dalam semua keadaan.
ZikirAllah bagi hati diibaratkan seperti udara bagi badan manusia. Kalau badan manusia boleh hidup tanpa udara maka harus boleh kata hati boleh hidup tanpa zikirAllah. Realitinya, hati manusia tidak boleh hidup tanpa zikirAllah.
Diperjelaskan oleh ustaz Al Bahi Al Khauli dalam kitab, ‘Tazkiratu Dua’h’di mana dibandingkan zikirAllah dengan hati ibarat udara bagi tubuh badan. Badan manusia berhajat kepada udara maka hati manusia berhajat kepada zikruAllah, kalau tidak hati akan mati.
Sesungguhnya, yaqozoh al qalmu, hati yang sedar menunjukkan ada kehidupan yang bersifat rohi ( kerohanian ) tetapi jika tidak ada yaqozoh al qalbu, hati tidak sedar atau hati itu disekat dari kesedaran ( tidak diberitahu tentang Islam dan iman) maka nurnya padam, hati itu gelap gulita maka itu dipanggil kematian kepada hati itu, hati sudah mati.
Maka zikruAllah, zikirAllah adalah suatu yang mesti ada setiap masa dan keadaan supaya hati kita sentiasa hidup, ada cahaya, ada nur maka hatim hidup.
Sebab itu hati kita perlu kepada zikirAllah supaya hati sentiasa hidup dan dapat bekalan, bekalan yang berterusan. Inilah yang dibandingkan oleh Rasulullah saw tentang perbezaan antara orang yang zikirAllah dan orang yang tidak zikirAllah, sebagaimana yang disebut oleh Abu Musa Al Asha’ri, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud
“Bandingan orang yang sentiasa zikirAllah dengan orang yang tidak zikirAllah seumpama orang hidup dengan orang mati”.
Antara hikmah zikirAllah adalah;
1) Hati itu dipenuhi dengan nur (cahaya), cahaya iman dan hidayah. Dengan itu kita tidak rasa berat dan sukar bahkan cinta untuk melaksanakan ubudiyah kepada Allah dan rasa bahagia bila kita berubudiyah kepadaNya. Kebahgiaan itu lahir daripada dalam jiwa bukan daripada benda. Contohnya walaupun seseorang itu mempunyai duit yang banyak tapi jiwa nya tidak tenteram maka hatinya tidak bahagia. Kebahgiaan itu Allah yang kurnia.
Sebab itu Nabi saw berkata kepada saidina Bilal
“Rehatkan kita semua ini dengan solah”
Mafhumnya Nabi suruh Bilal azam. Sesuatu yang bahagia bila kita mendirikan solah, mengabdikan diri kepada Allah. Kebahgiaan itu lahir dalam jiwa yang beribadah kepada Allah.

2) Menjadikan hati/ jiwa kita suci dan bersih daripada sebarang kekotoran dan saki baki jahiliyah seperti asad dengki, riak, takbur dan khainat. Di samping suci lidah sebab kitasentiasa menyebut nama Allah. Lidah kita terpilihara daripada percakapan lagha dan keji bila kita sentiasa berada dalam zikir Allah. Seterusnya akan melahirkan akhlak mulia dan syahsyiyah yang terpuji.
3) Mendapat keampunanAllah, keredhaan Allah dan pahala yang besar iaitu Al Jannah. Disamping di dunia mendapat ketenangan hati. Firman Allah dalam suruh ar Ra’du: 28
4)      
. Tidakkah dengan zikir Allah membawa kepada ketenangan hati.

Allah berfirman dalam surah al Ahzab: 35?
“ Dan orang-orang yang ingat Allah, zikir Allah samada golongan lelaki atau perempuan, Allah sediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar iaitu Al Jannah “

4 Menjadikan lapang dada ( insyirah al sadr ) untuk terima kebenaran dengan hati yang redha dan kuat cita-citanya ( cita-citanya tinggi, cita-citanya mulia iaitu hendak dapat kemuliaan di sisi Allah ) dan sentiasa bergantung harap kepada Allah serta rahmat Allah. Di samping itu memohon pertolongan kepada Allah dalam semua kerjanya ( kerja syara’) di dunia ini dengan penuh harap kepada Allah
Allah perintah kita orang-orang beriman supaya sentiasa zikir Allah swt. Di samping hubungan kita dengan Allah sentiasa wujud. Hubungan kita sebagai hamba Allah sentiasa teguh, hubungan itu terus menerus sepanjang masa dalam semua keadaan / hal.
Semua ini dikehendaki kita sebagai umat Nabi Muhammad di mana banginda sebagai ikutan kita dalam semua hal khususnya dalam zikir Allah kerana Rasulullah saw itu sentiasa berada dalam zikir Allah dalam semua hal. Kita boleh baca doa dan zikir dalam kitab-kitab tertentu. Contohnya Panduan doa dan zikir oleh Hasbi Ya’kob, kitab berbahasa Arab iaitu Shilatul Mukmin fi dua’ wa zikr oleh Ibnu Iman, Tuhfah Al Zaakirin oleh Muhammad. Doa-doa seperti doa makan, minum, keluar rumah, masuk rumah, masuk tempat tidur, tidur, bangundari tidur, ketika terjaga malam, ketikata hendak dan pulang dari musafir , naik kenderaan, masuk ke pasar dll.
Kita hadirkan ingatan kita kepada Allah di mana-mana kita pergi dan dalam apa juga yang kita hendak laksanakan, sepanjang masa dalam semua hal, insyaallah kita berada dalam zikir Allah. Contohnya ketika menziarahi kubur, minta hujan, berlaku taufan, guruh di langit, hujan lebat, melihat anak bulan dll.
Semua ini diambil perhatian oleh Rasulullah saw, hatinya sentiasa ingat Allah, berlari di atas lisan Rasulullah dalam pelbagai bentuk sebutan-sebutan yang di sebut oleh baginda. Saidatina Aisyah ra menceritakan bahawa Nabi Muhammad saw sentiasa zikir Allah dalam semua keadaan.
Shaikh Mahmud Umair menjelaskan bahawa para ulamak telah menjelaskan seseorang hamba Allah itu tidak sunyi daripada 4 keadaan yang banginda ingat Allah;
1 Berhadapan dengan perbuatan baik/ soleh maka zikir Allah kita itu dalam bentuk memohon taufik dan hidayah daripada Allah. Kita melaksanakan amalan taat/ soleh itu dan kita pohon supaya amalan itu diterima oleh Allah.
2 Berhadapan dengan perbuatan jahat, maksiat, jahilyah, buruk, syirik dan kufur maka bentuk zikir Allah, kita pohon kepada Allah agar dijauhkan daripada perbuatan-perbuatan itu dan kita bertindak menjauhkan diri sekiranya kita terlanjur melakkukannya serta kita memohon keampunanNya.
3 Sekiranya kita mendapat nikmat maka bentuk zikir Allah, kita merapatkan kesyukuran kepada Allah dan sememangnya nikmat Allah itu tidak terhitung / terhingga, oleh itu kita hendaklah sentiasa syukur kepada Allah. Ianya terbit daripada jiwa yang beriman, lafaz dengan lidah dan melakukan apa yang diredhaiNya.
4 Sekiranya ditimpa kesusuhan maka bentuk zikir Allah melalui kesabaran. Kesabaran itu iaitu kita ingat bahawa ini ujian daripada Allah. Kemalangan, kematian dan bentuk kesusahan maka kita bersedia untuk zikir Allah dalam kesabaran.

Firman Allah dalam surah Al Baqaroh: 152
      
152. Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu[98], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu kufur (nikmat)-Ku.
Allah bagi rahmat bila kita taat kepadaNya. Kita ingat Allah dalam doa maka Allah makhbulkan doa itu.
‘Ingat Allah semasa hidup di dunia, nescaya di hari Qiamat nanti Allah ingat balik kepada orang yang beriman iaitu Dia akan bagi ganjaran-ganjaran yang besar pada hari Qiamat nanti’.
Ingat kepada Allah ketika kita seorang diri nescaya Allah ingat ( Allah bagi bantuan ) kita ketika kita seorang diri (perantauan). Contoh cerita Nabi Yunus yang sentiasa ingat Allah, zikir Allah ketika berada dalam perut ikan. Suaranya didengari di alam malaikat. Dia terdampar di tepi pantai. Itu pertolongan Allah.
Ingat Allah ketika kita seorang nescaya Allah ingat kita ketika kita susah. Ingat Allah dengan cara mujahadah / berusaha nescaya kita mendapat hidayah daripada Allah.
Tamat

No comments: