Monday, June 2, 2008

NIKMAT DUNIA SEMENTARA DAN NIKMAT AKHIRAT KEKAL ABADI

NIKMAT DUNIA SEMENTARA DAN NIKMAT AKHIRAT KEKAL
(Sedutan Kutbah Jumaat pada 30.11.2008 – UOHS)

Telah dimaklumkan bahawa manusia adalah ciptaan Allah dan alam seluruhnya adalah ciptaan Allah bahkan alam seluruhnya dijadikan oleh Allah swt untuk faedah manusia. Firma Allah dalam surah Al Baqorah : 29
    •   
29. Dia-lah Allah, yang menciptakan apa yang ada di bumi untuk kamu ( manusia )
Namun demikian seharusnya kita dan semua manusia sedar bahawa nikmat yang dicapai di dunia ini hanyalah sementara sahaja, akhirat juga yang kekal. Dunia ini adalah dinamakan darul fana’ ( kampung yang akan binasa ) dan akhirat dikenali dengan nama darul baqa’( kampung yang berkekalan ). Kita boleh mengambil menfaat ( faedah ) daripada matabenda dunia dalam batas-batas syara’sebagai keperluan hidup bukan sebagai matlamat hidup.

Kalau manusia meletakkan dunia dan kesenangan dunia sebagai matlamat hidup maka manusia itu telah tertipu kerana dunia dan segala isinya adalah terlalu kecil ( sedikit ) berbanding dengan hari akhirat. Lihat pertanyaan Allah dalam Al quran surah At Taubah : 38
               
38. Adakah kamu redha (puas hati) dengan kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kesenangan atau nikmat hari Akhirat kelak
Oleh itu tuntutlah kesenangan dan kebahgiaan di hari akhirat melalui apa-apa yang telah dikurniakan atau didatangkan Allah kepada kita di dunia ini, kerana dunia ini ibarat ladang tempat bercucuk tanam dan hasil sebenarnya dipungut pada hari akhirat, insyaAllah. Perhatikanlah amaran Allah swt dalam Al Quran dalam surah Hud : 15 – 16
                      •       •   
15. Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata hendak mendapat kehidupan dunia dan perhiasannya ( tanpa menghiraukan sah batalnya, haram halalnya) maka Kami ( Allah ) akan sempurnakan (akan beri) hasil usaha mereka itu dunia ini dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
16. Mereka itulah orang yang tidak ada apa-apa habuan bagi mereka pada hari akhirat melainkan mendapat azab neraka. Pada hari itu gugur ( sia-sialah ) apa yang telah mereka lakukan di dunia serta batallah apa yang mereka telah amalkan.

No comments: