Sunday, September 2, 2007

Di ambang Ramadhan Al Mubarak 1428

Ibadah yang difardhukan oleh Allah, bukan suatu yang rutin, tradisi atau adat tapi ubudiyah/ ibadah dalam rangka mempertingkatkan keiltizaman kita terhadap Deen Allah. Ini adalah zat/ bekalan dalam perjalanan dakwah. Ustaz Mustafa Mashyur mendatakan, semua ibadah khusus samada wajib atau sunat merupakan zat/bekalan dalam perjalanan dakwah, dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah.

Dalam perjalanan hidup kita balik kepada Allah, bekalan-bekalan itu ialah segala ibadah yang difardhukan dan yang disunatkan oleh Allah seperti solah, saum, zakat, haji, tilawah Al Quran, zikir ma' thurat, qiamulai, ehya LayaliRamadhan dan lain-lain. Kita laksanakan semua ini dalam rangka mempertingkatkan lagi keiltizaman dan kepatuhan kita kepada Allah yang merupakan bekalan dalam kerja-kerja mengajak orang lain - melaksanakan kerja-kerja islah.

Kita dituntut bukan sekadar jadi soleh tapi musleh. Firman Allah dalam surah Al Asr bermaksud ( Demi masa, sesunggohnya semua manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman, melaksanakan amal soleh, ajak mengajak kepada kebenaran dan ajak mengajak kepada kesabaran).

Dr Abdullah Naseh Ulwan menjelaskan surah ini mempunyai dua aspek:
1 Aspek kesolehan diri - beriman dan beramal soleh
2 Aspek musleh - mengajak orang lain

Pada hari ini, masyarakat hanya memadai sekadar boleh solah, puasa, berulangalik ke masjid, menyambut hari raya dan tidak merasai bahawa ini merupakan bekalan dalam kerja-kerja Islam, kerja-kerja dakwah untuk mengajak masyarakat balik kepada Deen Allah swt.
Disamping itu orang yang mengajak kepada makruf dipersoalkan dan yang mengajak kepada kemungkaran dibiarkan. Sudah sampai masanya Islam dagang kali kedua, sebagaimana Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ( Islam bermula dengan dagang dan akan kembali dagang sebagaimana ia bermula. Berbahgialah mereka yang berjuang Islam di masa dagang).

Bulan Ramadhan merupakan masa terbaik dan ruang terbuka untuk mencari keredhaan Allah di mana Allah buka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan. Semoga bertambah zat, kekuatan iradah, keazaman, kemurnian hati dan keikhlasan dengan mempertingkatkan ubudiyah kita melalui berpuasa disiang hari dan ehya Ramadhan di malam hari.