Saturday, July 21, 2007

Jenis-jenis Hati

Ulama’membahagikan HATI ini kepada 3 kategori yang besar :
1. hati yang sahih.
2. hati yang mati.
3. hati yang sakit.

HATI YANG SAHIH.

Kita mahu hati yang sahih/ salim/ bersih/ murni/ selamat daripada syirik , mengabdikan diri kepada yang lain dan perkara-perkara maksiat.
Hatilah yang berguna, mendapat ganjaran yang baik apabila datang bertemu Allah sbt.
“ Tidak berguna harta dan anak-anak melainkan yang datang bertemu Allah dengan hati yang salim.”
Hati yang sentiasa terpaut kepada Allah dalam hidup ini, khusyuk kepada Allah, takut kepada Allah, mengharapkan rahmat Allah ~ hati yang salim.

HATI YANG MATI.

Lawan hati yang hidup.
Hati yang tidak kenal Allah, tidak mengabdikan diri kepada Allah, hati tidak cinta kepada Allah, hati tidak redha dengan hukum Allah, hati yang mengabdikan diri kepada hawa nafsu (kelazatan duniawi semata-mata), hati yang mencari keredhaan manusia, hati yang tidak munajat/ menghalakan kepada Allah dan hati yang tidak mencari keredhaan Allah.
Cinta à ikut hawa nafsu. Marah à ikut hawa nafsu. Bagi à ikut hawa nafsu.
Tak bagi à ikut hawa nafsu.

Berfikir untuk mendapat keuntungan duniawi semata-mata. Cita-citanya nak dapat yang yang segera( dunia ) . Akhirat tidak ada agenda dalam hidupnya.
Kata ulama’ ~ “ Dia mati sebelum mati. Jiwanya tidak dimakmurkan dengan ubudiyyah kepada Allah, kecintaan kepada Allah & Rasul, kasih kepada ajaran Allah.”
Dia lebih kasih kepada kelazatan duniawi , yang hampir boleh dicapai. Kita minta kepada Allah supaya dijauhkan daripada golongan ini.
HATI YANG SAKIT.

Dia ada kepercayaan kepada Allah, dia kata beriman kepada Allah tapi dalam kehidupan dia, terpesona/ kalah dengan tarikan syahwani bahkan ada masuk sifat-sifat mazmumah/ hasad dengki, takbur, ujud, riak, syu’ u zhon, menghina orang lain, menolak kebenaran.
Kadang-kadang dia solat/ zahirnya nampak ibadah tapi hati dia tersisip masuk sifat-sifat mazmumah. Dia boleh pergi kepada sifat-sifat orang-orang munafiq.
Kehidupannya tidak tetap, ikut angin. Kita dalam Islam kena tetap pendirian kita, tidak boleh terikut-ikut.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
“ Jangan sekali-kali kamu menjadi pak turut, ikut orang ramai kalau orang ramai buat baik, maka dia buat baik . Kalau orang ramai buat tidak elok, maka dia buat tidak elok. Tetapi tetaplah pendirian kamu dan jauhi daripada perbuatan jahat.”

Kita jangan masuk dalam golongan hati yang sakit bahkan kena rawat jiwa kita supaya jiwa kita ini baik, menjadi qalbun sahih, elok, sihat, soleh, salim.
Orang-orang yang memiliki hati yang suci, dia tidak mendahulukan Allah dan Rasul. Mereka tidak buat sesuatu yang berlawanan dengan hukum Allah.
Allah tegaskan/ perintah kepada orang beriman, Al-Hujurat, ayat 1 yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang beriman, jangan kamu mendahului Allah & Rasul.”

Orang beriman, dia tanya dahulu, letak syara’ dihadapan. Dia sentiasa jaga dalam kehidupan supaya jangan lakukan sesuatu yang berlawanan dengan hukum-hukum Allah & nabi.
……bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar
& Maha Mengetahui.
Kita kena bina hati yang salim dan jangan biarkan hati kita mati. Kalau nak berkawan, jangan berkawan dengan orang yang hatinya sudah mati, nanti jadi hati sakit/ mati.
Bersahabat dengan orang yang mulia yang bertaqwa kepada Allah.
“ Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang mukmin.”

Catatan CNA/Mei 2007. Kuliah UOHS 10 Mei 1997
KONSEP SAHABAT.

Lihat ….., persahabatan antara orang muhajirin dan ansar, begitu intim, mesra, tidak ada syu’u zhon, hasad, takbur bahkan terdidik jiwa itu dengan mahabbah, kasih, hidup dikalangan orang beriman.
“ hanyasanya orang beriman bersaudara.”

Hati salim/ hidup --- mengenal Allah, mengabdikan diri kepada Allah, nak buat sesuatu, lihat agama Allah dulu. Ini akan lahir sifat-sifat mahmudah/ terpuji (kasih sayang, mahabbah, ikhlas, baik hati, pemurah, lemah lembut).

Hati yang mati, hati kering/ kosong, tidak ada kelazatan iman/ hidup, tak rasa nikmat Iman/ Islam. Dia rasa iman itu menyusahkan/ tak standard.

Kena bezakan antara hati hidup dan mati.

Kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Sebelum itu kita tidak ada, ada dalam alam rahim, walaupun sempit tapi kita selesa, makan minum. Bila lahir ke dunia, walaupun …. Dunia ini luas tapi bila hati sudah mati, dia rasa sempit.

Bagi orang yang hati bersih, dia berfikir bukan alam ini saja tapi alam yang satu lagi. Wawasannya luas, dia tidak fikir alam ini saja. Dia fakir keselamatan hidupnya disisi Allah, kebahagiaan di alam yang satu lagi…….nak jana ke alam yang satu lagi. Penjanaan hidupnya sesuatu yang besar, menjangkau alam metafizik. Oleh itu, dia nak buat persediaan seberapa banyak.

Dia nak adun supaya perkara menjadi ibadah dan bumi menjadi mihrab……………

Bermulalah minda kita berjalan dalam hidup ini.
“ Apa kamu tidak berfikirdalam diri kamu......”

Kejadian langit dan bumi menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir

PERLUNYA PENGISLAHAN DIRI

Masyarakat orang-orang Islam kini kehilangan model atau contoh samada dari segi individu atau ummah Islam yang sebenar. Ini menyebabkan mereka tidak tahu yang mana perlu diikuti. Oleh itu model ini perlu diwujudkan dari masa ke semasa.

Orang Islam tidak kurang dari segi bilangan malah orang Islam kaya dengan bilangan, tetapi kita kehilangan rajul akidah atau imraah akidah. Kita kehilangan orang yang berakidah samaada lelaki atau perempuan. Kita kehilangan syakhsiyah mukminah qawiah muasirah – keperibadian mukmin yang kuat dan memberi kesan kepada orang lain. Kita kehilangan orang yang mampu merubah reality hidup yang rosak dan kotor untuk ditegakkan keperibadian yang suci dan murni. Dengan kata lain kita kehilangan mutu keperibadian Islam, mutu yang mampu merubah masyarakat.

Untuk melahirkan keperibadian yang seumpama ini maka perlu kita ikuti jalan yang telah diikuti oleh Rasulullah saw. Kita perlu mendidik diri kita dan anggota masyarakat dengan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah saw, bukan dengan idea-idea atau falsafah yang menyesatkan. Kita tidak mahu fikrah yang diselewengkan. Kita mahu Islam yang tulin membentuk kita dan masyarakat.

Mengislahkan diri sendiri adalah satu tanggungjawab yang penting. Diri dalam suasana fasad, tidak yakin kepada Allah dan Rasulnya, tidak bercontohkan Rasulullah saw tidak akan lahir rasa tanggongjawab terhadap Islam. Pengislahan ini perlu sampai ke peringkat memberi contoh Islam kepada orang lain dengan sifat-sifat keperibadian Islam dalam pelbagai aspek.

Paling minima contoh yang perlu ada ialah komited melaksanakan perkara-perkara yang diwajibkan oleh Allah seperti ibadah fardhu, berjihad dan menuntut ilmu serta meninggalkan segala perkara yang diharamkan oleh Allah swt. Ini tuntutan yang diwajibkan kepada individu dan ummah. Pengislahan ini pula memerlukan cara dan pelbagai teknik yang dibolehkan oleh Islam untuk memindahkan seseorang itu dari reality hidup yang hina (jahiliyah) kepada reality yang sempurna (Islam).

Daripada pengislahan tersebut semestinyalah terpancar rasa tanggungjawab untuk mengajak orang lain kepada saf Islami, supaya dari masa ke semasa akan bertambah rajul akidah dan imraah akidah. Kita tidak boleh diam saja. Kita yang sudah sampai ke peringkat kesedaran dan bertanggungjawab tidak boleh duduk diam. Kesedaran dan rasa tanggungjawab itu mendesak kita untuk mengajak orang lain kepada saf Islami sehingga bertambah bilangannya. Bilangan yang mampu membangun ummah dengan padu, bermahabbah, menegakkan kebenaran, menolok kebatilan sehingga terlaksana kesultanan Allah di bumi ini.

Firman Allah ( Fath:69) yang bermaksud: “Allah telah menjanjikan kepada orang-orang beriman dan beramal soleh, bagi mereka maghfirah dan balasan yang besar di sisi Allah” Catatan Cikgu Nordin Ahmad Feb 2007