Friday, May 30, 2008

DUA DEKAT M3: UCAPAN KHAS OLEH DATO’ DAHLAN MOHD ZAIN
PADA 24 HB MEI 2008
BERTINDAK SEGERA MERAWAT KEHIDUPAN KITA
REALITI KEHIDUPAN YANG SERONOK DAN SELESA
Alhamdulillah, kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah swt kerana pada petang ini dapat berkumpul dalam dewan ini. Ana hendak tarik perhatiaan sahabat dan sohibah kepada waki’ atau realiti hidup kita di zaman sekarang ini, gaya hidup kita di dunia sekarang ini di mana kemajuan ilmu pengetahuan dan ketamadunan maddi ( kebendaan ) membuka pintu seluas-luasnya untuk manusia hidup bersenang lenang, selesa dengan nikmat kekayaan hasil dari kemajuan tersebut.
Antara kemudahan yang tersebut ialah dapat menggunakan alat-alat moden yang dapat memberi kenikmatan hidup dari segi keseronokan dan keselesaan seperti memiliki rumah besar yang mempunyai perkakasan serba cangih, kereta besar dan mewah dan lain-lain lagi yang mana meninggalkan kesan kepada seseorang dan masyarakat. Seterusnya ditambah pula dengan suasana Islam yang ghurbah atau dagang dari segi tasawurnya dan waki’ di kalangan orang-orang Islam sendiri.
Fenomina ini tidak hanya merupakan fenomina biasa yang tidak memberi kesan yang buruk atau negetif kepada akidah dan juga syariat Islam seterusnya kepada kehidupan umat Islam yang ingin menjadikan Islam sebagai sistem hidup.
Ana rasa, kita duduk dalam realiti yang ada sekarang ini bahawa fenomina ini telah menjadi suatu gaya hidup malah menjadi sistem hidup yang akhirnya menjadi anutan atau ideologi atau syariat hidup yang baru sesuai dengan kemajuan yang dicapai untuk dinikmati oleh manusia. Malah sistem hidup inilah yang diperbesarkan dan dikuatkuasakan melalui proses perundangan dan sebagainya.
Keadaan atau realiti ini menjadi salah satu sebab mangapa mansyarakat Islam akhir-akhir ini menjadi sepi terhadap sistem hidup Islam sebagaimana yang dibawa oleh junjungan kita nabi Muhammad saw. Sebenarnya keadaan ini telah melambatkan atau menghalang kerja-kerja Islam , amal Islami kini. Ianya bukan terkena kepada masyarakat umum Islam di sini saja malah terkena kepada masyarakat Islam di mana-nama saja dan terkena juga kepada para da’ie serta kepada mereka yang bekerja membangunkan Islam.
Kata salah seorang ulamak, Shiek Abdul Rahman Abdul Khalid bahawa, ‘ Fenomina ini disebut sebagai suatu gejala ilhad ( ethis ). Gejala in I perlu dirawat segera kerana ia terkena kepada semua masyarakat Islam sedunia ‘.
Pada pandangan ana, sekiranya kita perhati betul-betul kenyataan ini, maka suatu yang kita boleh terima.
Kita nampak trend untuk memuja dan merasi izzah dengan ketamadunan kebendaan ini, memang suatu yang betul-betul berlaku kepada umat Islam. Kita pun rasa terbawa dengan arus yang tersebut, kita diseret, diterik dan dicampak bersama-sama dengan arus yang tersebut.
Tepatlah apa yang disebut oleh Rasulullah saw bahawa umat Islam akan di ganyang oleh musuh-musuh sebagaimana makanan digayang oleh pemakan-pemakan. Bila sahabat bertanya, maka Rasulullah menjawab bermaksud
‘ Kamu bukan sedikit tapi ramai tapi kamu adalah seperti buih air bah’
Hakikat buih ini suatu yang tidak kuat, ia menempel arus dan arus mencampaknya ketepi. Dengan itu yang membawa arus itu ialah ketamadun maddi dan bukan Islam yang membawa arus maka Islam terpinggir dan sebagainya. Masalahnya bagaiman kita hendak merawat segera keadaan yang ada ini?
Kata Shiek Abdul Rahman Abdul Khalid, ‘ Fenomina ini tidak berlaku secara kebetulan dalam masyrakat Islam tapi ia berlaku natijah daripada kegagalan mereka dalam peperangan Salib dengan menggunakan senjata. Mereka telah menukar stratigi baru dengan menggunakan kaeadah harbu fikriyah atau ghazbu fikri . Sekarang mereka menggunakan ghazbu fikri dan silaahi serentak maka kita dapati uamat Islam di mana-mana dizalami, dibunuh dan sebagainya.

PERLU KEPADA KESEGERAAN
Kita perlu rawat segera realiti yang ada sekarang dengan segera melaksanakan takaalif ( tanggungjawab ) dan amal kebajikan . Firman Allah dalam surah Yaasin : 20
          
20. Dan datanglah dari sebuah bandar seorang lelaki dengan bergegas-gegas ia berkata: "Wahai kaumku, ikutilah Rasul-rasul”.
Daripada ayat ini maka sifat segera menyahut dakwah Rasul secara amali dan praktikal sebaik saja ia mendengar dakwah hak ini dan terus membuat persediaan dan persiapan diri untuk menjadi parajurit hak tanpa tangguh atau menunggu rangsangan dari luar. Maksudnya terpaksa disuruh, diarah, diberi pujiaan, diberi insentif, diberi pinggat , bintang dan gelaran serta diberi ganjaran maddi maka barulah hendak melaksanakan kerja-kerja tersebut. Bagi mereka yang memahami tanggungjawab yang besar ini maka dia tidak perlu kepada rangsangan-rangsangan tersebut. Malah ia digerakkan dari dalaman seseorang itu, digerakkan oleh hati yang beriman kepada Allah.
Kata As Shahid Syed Qutub dalam kontek segera menyahut dakwah hak tanpa dorongan luar ini ialah
‘ Dorongan sebenar ialah dorongan dari fitrah yang suci dan hati yang penuh dengan iman yang mana seseorang itu tidak boleh bertangguh lagi lebih-lebih lagi berdepan dengan realiti yang menakutkan. Apabila dorongan tersebut subur dalam hati seseorang maka ia akan cergas, sensitif, tidak mampu berdiam diri melihat keadaan mungkar dan berlawanan dengan akhlak Islam’.
Kata Muhamad Qutub pula, ‘ Sebenarnya sifat segera ( ijabah, respon, bertindakbalas cepat ) bagi melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar adalah lahir dari makrifah haiyah ( makrifah yang hidup subur yang melahirkan kesegeraan bertindak bukan tidak berperanan, tidak berkesan ) dalam realiti hidup . Sebaliknya makrifah jamidah
( makrifah yang jumud, yang mati, tidak berperanan dan tidak memberi kesan) dalam realiti hidup. Memiliki hati yang hidup subur dengan iman maka sudah cukup dengan han ya memberi isyarat. ( Dia boleh berfikir, memberi idea-idea bernas, boleh berusaha melaksanakan tangunggjawab tanpa didesak dan tidak menunggu orang lain mengingatkannya)’.
Jadi makrifah hayah adalah pendorong yang sebenar iaitu iman kita kepada Allah dan mardhotiAllah yang kita cari. Itulah yang mendorong kita melaksanakan sesuatu amal. Ini bukan bermakna kita tidak memberi hak kepada naluri yang Allah anugerahkan kepada kita. Contohnya naluri lapar, kita boleh makan dan minum yang halal lagi baik dengan syarat tidak membazir. Naluri takut, kita takut kepada Allah swt. Kita takut kepada sesuatu yang membahayakan kepada kita tetapi takut sebenarnya ialah kepada Allah swt. Bila takut kepada Allah lebih daripada takut kepada sesuatu yang lain maka kita boleh melaksanakan kerja-kerja kita dengan lebih baik dan ikhlas kepada Allah swt.
Naluri memiliki kekayaan. Kita jadikan apa yang kita miliki itu sebagai wasilah untuk kita dapat ibadah kepada Allah dan kita hendak dapat akhirat. Daripada harta itu terdapat ibadah wajib seperti zakat dan ada ibadah sunat seperti sedekah jariah.

MEDAN AMAL JARIAH DAN ILMU BERMANFAAT
Rasulullah saw besabda bermaksud:
“Apabila mati anak adam putuslah amalannya kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang boleh memberi menafaat kepada orang lain dan anak soleh yang berdoa untuk kedua ibubapanya”
Matri mengujudkan ketiga-tiga aspek ini serentak dan membuka ruang sepenuhnya kepada orang-orang Islam dan kepada sahabat sohibah supaya melakukan amal jariah.
Rsulullah saw bersabda dalam konteks jariah bermaksud:
“ Harta tidak akan susut dengan kita mengeluarkan sedekah “
Kalau kita ukur dengan nilai maddi, misalnya kita mempunyai RM 1,000.00 dan memberi sumbagan RM 100.00 maka dikira menyusut tetapi pada nilai Allah, tidak akan susut harta dengan memberi sedekah.
Rasulullah saw bersabda bermaksud”
“ Apa yang kamu makan akan habis, apa yang kamu pakai akan lusuh tetapi apa yang kamu sedekah maka itulah yang tinggal “.
Sebenarnya naluri memiliki sesuatu, naluri sayang sesuatu memang kuat dalam diri kita dan kalau tidak latih naluri itu maka sukar untuk kikta memberi. Sebab itu perlu sentiasa pujuk dan asuh jiwa kita agar merasi apa yang Allah swt dan Rasulullah saw memberitahu itu, itulah yang lebih baik. Sebaliknya apa yang Allah swt dan Rasulullah saw tidak memberitahu, itu bukan hakikat yang sebenarnya. Kadang-kadang betul-betul kita hendak memberi sumbangan tapi akhir nya tidak jadi.
Berlaku dalam sirah, peristiwa sahabat Ka’ab bin Malik dalam peperangan Tabuk. Pada masa itu musim panas, buah anggur hampir masak dan Ka’ab penuh bersedia untuk pergi jihad dan beliau tiada uzur syar’ie. Tiba-tiba bagaimana beliau terlewat dan rasa hendak mengejar tapi tidak jadi maka beliau tinggal di Madinah sehingga Rasulullah saw menyebut, apa hal dengan sahabat ka’ab bin Malik?
Ana pun rasa diri sendiri, perlu pujuk dan perlu paksa jiwa kita ( ikrah nafs ) agar dapat tunduk kepada apa yang disukai Allah dan Rasul saw. Rasulullah saw bersabda bermaksud
“ Tidak sempurna iman seseorang itu hinggalah hawanya ( keinginannya ) ikut apa yang aku ( Rasulullah saw ) bawa “
Keinginan kita mengikut apa yang Rasulullah saw bawa maka insyaAllah akan sampai kepada keimanan yang tinggi.
Ilmu yang memberi menfaat ialah apa saja ilmu yang berfaedah terutama ilmu syara’atau ilmu fardhu ain. Setiap orang mesti belajar untuk mengetahui hukum hakam dan panduan hidup. Kalau tidak tahu bagaimana kita hendak hidup. Firman Allah
“ Hendaklah ketahui ( ada ilmu ), sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah “
Hendak ketahui hakikat Uluhiyah Allah dan Rububiyah Allah mesti ada ilmu. Oleh itu ilmu fardhu ain mesti dipelajari. Kadang-kadang ilmu fardhu kifayah menjadi fardhu ain. Contohnya, kawasan Tunjung menpunayi seribu orang penduduk dan memerlukan dua orang doktor maka menjadi fardhu ain kepada sesiapa yang ada kemampuan untuk mempelajarinya. Kalau tidak ada orang yang mempelajari maka kita bertanggungjawab sebab tidak melaksanakan fardhu kifayah. Kita lihat bagaimana Islam menyempurnakan tuntutan yang diperlukan dalam masyarakat.
TAMAT.

No comments: