Thursday, May 29, 2008

SIFAT ORANG MUKMIN : INFA’ FISABILILLAH

KULIAH OLEH UST OMAR BIN HJ SALEH DALAM IJTIMA’ AM PADA 11.5.2008
DI ANTARA SIFAT ORANG MUKNIN IALAH INFA’ FISABILILLAH , PADA JALAN ALLAH SWT.
Infa’ yang lahir daripada jiwa yang beriman dan sedar bahawa segala rezki yang diperolehi itu datang daripada kurniaan Allah swt dan sewajarnya seseorang itu bersyukur kepada Allah swt. Firman Allah swt dalam surah An Nahlu : 53
             
53. Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka sesungguhnya datang darripada Allah dan apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada Allahlah kamu meminta pertolongan.
Atas kesedaran bahawa segala nikmat yang ada pada kita datang daripada Allah samada nikmat itu berbentuk duniawi mahu pun berbentuk deeni.
NIKMAT BERBENTUK DUNIAWI
a) Nikmat Naafi’en ( nikmat kita mendapat faedah ). Allah kurniakan nikmat dalam bentuk boleh makan, minum, menikmati kelazatan hidup, apa yang kita ingin dan memerlukan, kita dapat faedah.
b) Nikmat Daafi’en. Allah hindarkan kita daripada musibah, kita dipelihara / diselamatkan daripada bala’ ( ibtila’)
NIKMAT BERBENTUK DEENI
a) Nikmat Taufik. Kita dapat hidayah, kita dapat beriman, kita menerima Islam, kita terima ajaran Allah, ajaran Rasulullah saw dan kita taat kepada Allah dan RasulNya.
b) Nikmat Ismah. Kita dipelihara daripada kekufuran, perbuatan syirik, perbuatan bid’ah, perbuatan maksiat, perbuatan jahiliyah.
Menyedari hakikat ini memang wajar dan bahkan sewajibnya kita bersyukur kehadrat Allah swt. Satu daripada bentuk kesyukuran ialah melalui infa’ fisabilillah samada infa’ wajib atau infa’ tatawu’. Infa’wajib seperti memberi nafkah kepada anak, isteri, zakat harta benda dan zakat fitrah. Infa’ tatawu’seperti sedekah-sedekah tatawu’yang digalakkan dan dilakukan itu semata-mata mencari keredhaan Allah swt bukan mencari kemasyhuran, kedudukan, kepentingan diri, kepentingan duniawi dsb.
Bila dilakukan dengan niat yang soleh dan amalan itu syari’e maka amalan itu diterima dan dapat ganjaran pahala disisi Allah swt. Ganjaran itu balik kepada orang yang mengeluarkan infa’ itu. Firman Allah dalam surah Al Baqarah : 272
                       
272 Apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan pada Jalan Allah maka faedahnya / pahalanya untuk diri kamu sendiri. dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. dan apa jua yang kamu infa’daripada harta yang halal itu akan disempurnakan balasan pahala bagi kamu dan kamu tidak akan dizalami.
Dapat kita fahami bahawa ibadah itu bukan terbatas kepada solah dan puasa tetapi kita dituntut beribadah melalui harta benda dan kekayaan.
Firman Allah dalam surah Al Baqarah : 110
   •           •     
110. Dan dirikanlah solat dan keluarkan zakat dan apa-apa jua yang kamu kemukakan daripada harta benda yang baik maka kamu akan akan dapati pahalanya di sisi Allah . Sesungguhnya Alah Maha melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
Firman Allah dalam surah At Taubah : 103
       
103. Ambillah sebagian daripada harta mereka( orang kaya muslim) sebagai sedekah iaitu zakat supaya dengannya (zakat) membersihkan dan menyucikan mereka daripada sifat-sifat buruk ( seperti sifat bakhil, tamak ).

Manakala satu lagi iaitu infa; tatawu’ iaitu rela hati atau tanpa dipaksa oleh sesiapa bahkan lahir dari hati yang ikhlas untuk berubudiyah melalui harta benda itu kerana Allah swt. Allah puji orang-orang yang mengetahui hak dan tanggungjawab ini dan Allah menjanjikan balasan pahala yang sangat besar. Firman Allah dalam surah Al Baqarah : 274
    •             
274. Orang-orang yang membelanjakan (memberi sedekah) harta benda mereka pada waktu malam dan siang secara sulit atau terang-terangan maka bagi mereka itu pahala di sisi Tuhannya tanpa kebimbingan lagi dan mereka tidak berdukacita.
Ini jaminan daripada Allah swt. Firman Allah dalam surah Ibrahim : 7
      •   
7. Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah lagi nikmat kepada kamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Bahkan kita disurah takut kepada azab Allah di hari Akhirat nanti. Seperti yang dinyatakan oleh Adi bin Hatim ra bahawa aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda bermaksud
“Takutlah kepada azab neraka itu, berilah sedekah walau pun dengan sebelah buah tamar ( walaupu sedikit, sekadar yang ia mampu memberi”( Riwayat Imam Bukhori dan Muslim ).
Disebut buah tamar dan tidak semestinya buah tamar, apa-apa saja harta benda yang lain walau pun sedikit, mudah-mudahan Allah selamatkan kita daripada azabNya di hari Akhirat nanti. Itulah harapan orang-orang yang beriman.
Ingatlah peringatan Allah dalam surah Al Imran : 180
 •                                 
180. Janganlah orang-orang yang bakhil itu menganggap bakhil itu baik bagi mereka bahkan kebakhilan buruk bagi mereka, mereka akan dikalungkan dilehernya apa yang mereka bahkil itu di hari Qiamat nanti ( disiksa ). Dan bagi Allah jua hak milik segala warisan di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Mengetahui sedalam-dalamnya, sedetil-detilnya terhadap apa yang kamu lakukan.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah. Kesyukuran itu banyak caranya. Salah satu ialah infa’ fisabilillah. Segala amal solah yang kita lakukan itu adalah tanda kita bersyukur kepada Allah. Setengah ulamak berkata:
‘Sesiapa yang tidak bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan itu maka akan terdedah kepada kehilangannya tetapi sesiapa yang bersyukur seumpama dia ikat sekuat-kuatnya’.
Kemungkinan harta benda itu akan berlaku kehilangan atau ditimpa musibah. Nikmat itu tidak kekal, ia bersifat sementara.
Apa yang mereka sebut ini berasaskan firman Allah dalam surah An Nahlu : 112
      •            •      
112. Allah telah membuat suatu perumpamaan, sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram, rezki datang kepadanya melimpah ruah dari segenap penjuru tetapi penduduknya kufur akan nikmat Allah maka kerana itu Allah memberi mereka rasa pakaian kelaparan dan ketakutan menyelubungi mereka disebabkan perbuatan-perbuatan yang mereka kerjakan / lakukan.
Ini peringatan kepada orang beriman supaya bersyukur kepada Allah swt. Syukur itu bermula dari hati, lidah dan perbuatan ( qalbu, lisanu wa jawarih ).

No comments: