Thursday, May 29, 2008

SIFAT ORANG BERIMAN : MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA

KULIAH OLEH UST OMAR BIN HJ SALEH DALAM IJTIMA’ AM PADA 27. 4. 2008
Pada mulanya, marilah kita sama-sama merapat syukur ke hadhrat Allah swt kerana dengan izinNya pada petang ini kita dapat hadir dan berada di sini untuk meneruskan program mingguan yang selalu kita adakan untuk kita mengulangkaji di samping menambah kefahaman berhubung dengan Deen Allah dan tuntutan-tuntutannya. Semoga dengan ini akan terus terdidik dan terasuh jiwa kita dengan didikan wahyu Allah dan sunnah Nabawiyah.
Sebagaimana yang selalu kita ulang-ulangkan bahawa didikan yang paling baik ialah didikan yang berpaksikan kepada wahyu Allah. Itulah didikan yang dulunya disampaikan oleh Rasulullah saw yang menerima wahyu daripada Allah di mana Rasulullah menyampaikan nya kepada masyarakat dan orang-orang beriman pada ketika itu.
Di samping itu, kita harap kita sentiasa istiqomah dan berada di atas Jalan Allah sepanjang hayat dalam semua suasana sehingga kita kembali kepada Allah dalam keadaan berubudiyah kepada Allah dan mendapat mardhotiallah.
Orang-orang beriman sebagaimana yang disifatkan oleh Allah dalam Al Quran yang telah diperjelaskan oleh Shiekh Abu Toha Muhammad Mahmud Mustofa Umair.
SIFAT ORANG BERIMAN IALAH MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA
Sebagaimana yang kita maklum bahawa Allah menjadikan alam dan segala-galanya dalam alam ini dan Allah menjadikan manusia. Di samping itu Allah tidak membiarkan manusia teraba-raba mencari jalan hidup sendiri tapi Allah mengutuskan para Rasul dan menurunkan kitab-kitab suci dan kitab suci terakhir sekali ialah Al Quran diturunkan kepada nabi terakhir sekali iaitu Nabi Muhammad saw. Semua rasul mengajak manusia mentauhidkan Allah, beriman kepada Allah dan mengajak kepada akhlak mulia.
Ajaran Nabi Muhammad saw adalah untuk semua manusia bukan untuk satu-satu kaum saja. Firman Allah dala surah Al Ambia’: 107
     
107. Dan tidak kami utuskan kamu melainkan untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.
Ajaran Al Quran itu untuk semua sebagaimana yang ditegaskan Allah dalam Al Quran Al Karim surah Al Furqan : 1
  •      • 
1. Maha Berkat, Allah yang menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya ( Nabi Muhamm saw) , agar menjadi peringatan kepada seluruh alam.

Memperlihatkan bahawa Al Quran untuk semua manusia dan Nabi Muhammad itu untuk seluruh alam bahkan ajaran ini terus menerus sampai dunia ini di qiamatkan oleh Allah swt.
Apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw itu untuk seluruh alam. Apa yang diperintahkan oleh baginda itu adalah perintah Allah swt dan segala apa yang dilarang oleh banginda itu adalah larang Allah kerana baginda adalah utusan Allah swt. Setiap suruhan dan larangan Allah itu ada hikmahnya, yang jelasnya supaya manusia ini berada dalam kehidupan yang mulia, untuk kebaikan manusia bukan untuk menganiayanya. Kehidupan manusia akan mulia sepanjang hayat dan kemuliaan itu berterusan sampai selepas kehidupan di dunia iaitu alam barzah dan di hari bangkit iaitu alam akhirat.
Kemuliaan itu kepunyaan Allah. Allah akan bagi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah akan kurniakan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mengikut ajaran Rasulullah. Firman Allah dalam surah al Munifiqun : 8
  •       
“Kemuliaan itu kepunyaan Allah swt, Allah kurniakan kepada Rasulnya dan Allah kurniakan juga kepada orang-orang beriman tetapi orang-orang munafiq tidak mengetahuinya “
Sebab itu orang beriman perlu rasa izzah/ mulia dengan mengikut ajaran Allah dan ajaran Rasulullah saw. Kita rasa izzah dengan iman, dengan Islam dan dengan Deen Allah.
Allah tidak menyuruh melakukan sesuatu perkara melainkan ada kebaikan dan kebaikan itu kembali kepada pelakukannya. Orang-orang beriman yang taat kepada Allah dan Rasulnya akan mendapat kebaikan dan kebaikan itu kembali kepada orang yang melaksanakannya. Demikian juga, Allah tidak melarang sesuatu perbuatan melainkan ada keburukannya, ada bahayanya ( dhorurnya ) dan bahaya itu kembali kepada pelakunya. Allah itu Maha Luas, Mengetahui yang sulit, terang, zahir dan batin. Allah mengetahui apa yang baik bagi manusia dan apa yang mudhorat bagi manusia. Oleh itu yang baik disuruh dan yang bahaya di larang. Cuma kadang-kadang manusia tidak berfikir untuk menerima sesuatu perintah Allah untuk dilaksanakan dan meninggalkan sesuatu yang dilarang oleh Allah swt.
Firman Allah dalam surah Al Hajr: 8


Apa-apa jua yang didatngkan kepada kamu oleh Rasulullah maka hendaklah kamu ambil dan apa-apa jua yang dilarang oleh Rasulullah daripadanya maka hendaklah kamu tinggalkan atau jauhkan. Hendaklah kamu semua bertakwa kepada Allah swt, Sesungguhnya siksa Allah sangat pedih.
Sifat orang beriman ialah taat kepada Allah dan Rasul yang diutuskan oleh Allah. Kita ikut sekarang ialah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw, Rasul yang akhir, Nabi Muhammad saw kerana ajarannya sudah dilangsungkan / disempurnakan. Firman Allah dalam surah Al Maidah : 3


Pada hari ini ( ketika nabi mengerjakan haj wida’ tahun ke 10 H ketika berada di Arofah ), Aku ( Allah ) telah sempurnakan bagi kamu DEEN kamu, Aku telah semprunakan juga bagi kamu nikmatKu ( nikmat Islam, Islam itu nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia dan Aku telah redha bagi kamu Islam itu sebagai Deen.
Deen Islam telah disempurnakan pada syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Jika seseorang itu tidak taat kepada Allah da Rasul maka terkeluar daripada sifat mukmin kerana sifat orang beriman taat kepada Allah dan taat kepada Rasul secara mutlak, tiada sebarang syarat. Tetapi taat kepada makhlok ada syarat, tak mutlak, taat dalam perkara-perkara yang baik.
Rasulullah saw bersabda bermaksud
“Tidak boleh taat kepada makhlok untuk derhaka kepada Allah”
Ketaatan kepada ibubapa kalau mereka menyuruh melakukan maksiat kepada Allah maka tidak dibolehkan. Firman Allah dalam surah Lokman


“Sekiranya dua ibubapa kamu berusaha bersungguh-sungguh untuk kamu mensyirikkan aku sesuatu yang tidak ada ilmu bagi kamu maka janganlah kamu taat kepada mereka berdua tetapi boleh kamu bersahabat / kawan baik dengan mereka itu semasa hidup di dunia ini”

No comments: