Thursday, May 29, 2008

KEIMANAN BERTAMBAH MELALUI AMALAN KETAATAN

KEIMANAN ITU BOLEH BERTAMBAH MELALUI AMALAN KETAATAN
KULIAH OLEH UST OMAR BIN HJ SALEH DALAM IJTIMA’ AM PADA 2.3.2008

3. KEIMANAN ITU BOLEH BERTAMBAH MELALUI AMALAN KETAATAN
Dalilnya berdasarkan ayat-ayat Allah, surah al Anfaal: 2
     
2. Dan apabila dibacakan ke atas mereka ( orang-orang beriman) ayat-ayat Allah maka bertambah-tambah lagi keimanan bagi mereka.
Firman Allah dalam surah Al Fath:4
         • 
4. Dia-lah Allah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang sudah ada) dmalam diri mereka.
Para ulamak salafusoleh telah sepakat mengatakan keimanan boleh bertambah dengan amalan taat tetapi keimanan itu boleh berkurangan dengan sebab seseorang itu melakukan perbuatan maksiat / durhaka kepada Allah. Kerana itu boleh dikatakan keimanan itu ada tahap, derjat, peringkatnya dan orang-orang Islam yang beriman kepada Allah swt akan tertingkat keimanannya melalui ingatan-ingatan kepada Allah, zikruAllah, muraqobah kepada Allah ( dia sedar bahawa Allah Maha Melihat segala perbuatannya) dan sentiasa taat kepada Allah hingga sampai martabat al ehsan.
Rasulullah saw menyebut tentang al ehsan ini dalam suatu hadis yang panjang, antaranya – diceritakan oleh saidina Omar Al khatab ra tentang kedatangan seorang lelaki berjumpa Rasulullah saw dan berada di hadapan banginda dan bertanya tentang Islam, iman dan ehsan. Apabila lelaki itu bertanya tentang ehsan, Rasulullah saw menjawab, ‘hendaklah kamu mengabdikan / beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya dan sekiranya kamu tidak melihatNya ( dengan mata kasar ) sedarlah bahawa Allah melihat kamu’.
Menunjukkan bahawa keimanan itu ada tahap, peringkat dan boleh capai martabat tinggi iaitu martabat ehsan, martabat taqwa yang tinggi di sisi Allah.
Ibnu Omar pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang keimanan ini, boleh bertambah dan berkurangan maka Rasulullah saw menjawab, na’am / ya. Keimanan itu boleh bertambah sehingga memasukkan tuannya ( orang beriman ) ke dalam syurga dan keimanan itu boleh berkurangan sehingga memasukkan tuanyan ke dalam neraka.
Bahkan dalam kitab Fathu Mubdi, ada menyebut suatu hadis Rasulullah saw yang bermaksud
“Sekiranya ditimbang iman Saidina Abu Bakar berbanding iamn umat ini, nescaya berat lagi iman saidina Abu Bakar”.
Ahli sunnah wal Jamaah di kalangan ulamak salaf dan khalaf telah menyebut
‘Keimanan itu merupakan kata-kata dan amalan serta ianya boleh bertambah dan berkurangan. Walaupun ayat yang disebut al tasdiq iaitu suatu kenyakinan kepada Allah dan Rasul dalam jiwa kita , ia tidak boleh berkurangan sebab kalau kurang yakin kepada Allah dan Rasul bermakna dia tidak yakin, ragu-ragu, syuk zhon.
Kalau dia yakin penuh kepada Allah dan Rasul tetapi kadang-kadang dia cuai, kadang-kadang dia taat atau tidak. Bila dia taat, iman akan bertambah dan bila dia cuai, iman akan berkurangan. Contoh, hari ini dia solah subuh awal, esok lewat tetapi dia yakin sepenuhnyha kepada Allah.
Bila iman berkurangan, dia mohon keampunan kepada Allah dan jangan cuai lagi.
Salah satu wasilah untuk menambah keimanan ialah melalui tilawah Al Quran Al Karim sebagaimana yang diperintah Allah kepada Rasulullah saw dalam surah Al Muzammil:4
   
4. Dan Bacalah Al Quran itu dengan bacaan tartil .
Bacaan yang betul sebutan-sebutannya. Bacaan Al Quran itu memang dikehendaki. Disamping itu kita diperintahkan supaya dengar dengan penuh taddabur ( penuh perhatiaan dan memahami maknanya ) berdasarkan surah Al ‘Araf : 204

        
204. Dan apabila dibacakan Al Quran, maka hendaklah kamu dengar dengan penuh perhatian, di samping diam ( menunujukkan kekusyukan mendengar ) . semoga kamu mendapat rahmat.
Allah bukan suruh membaca saja tapi tadabur / ambil perhatian ayat-ayat Allah, seboleh-bolehnya memahami secara detil ( melalui tafsir) atau sekurang-kurangan secara keseluruhan.
Semua ini merupakan wasilah untuk menambahkan keimanan.
Firman Allah dalam surah Al Anfaal: 2
       
2 Dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambah-tambah keimanan mereka .
Di samping kita berkesan dengan ayat-ayat yang dibaca itu bahkan mereka yang betul-betul mendengar / membaca sampai dia menangis. Kita dikehendaki menangis atau rasa macam hendak menangis. Dari Saad ibnu Abi Waqas ra, katanya Rasulullah saw bersabda yang bermakna;
“Bacalah Al Quran dan menangislah, sekiranya kamu tidak menangis rasa seolah-olah kamu menangis”
Oleh itu, orang yang bertadarus dengan Al Quran sampai dia teresak menangis atau paling kurang meleleh air mata mengenangkan perintah Allah dalam Al Quran yang ia faham. Setiap orang yang baca Al Quran, dia hendak kena baca betul-betul, baca dengan perasaannya, hadirkan perasaannya dan rasa hatinya bersama Al Quran. Sebab itu sahabat-sahabat nabi ada yang pengsan bila mendengar bacaan Al Quran. Itu makna berkesan dengan Al Quran. Hendak sampai mertabat ini, perlu tarbiyah jiwa dan roh bukan tarbiyah akal saja. Tidak sepertimana yang kita lihat dalam masyarakat hari ini, Al Quran dicampak begitu saja.
Mujahid Said Hawa menukuilkan kata-kata sahabat iaitu Abdullah ibnu Omar ra, katanya
‘Saya telah hidup suatu ketika di zaman saya, setiap orang di kalangan kami, didatangkan iman sebelum Al Quran
( Iman sudah kukuh, Al Quran belum selesai lagi turun. Apabila satu surah turun, kami belajar, ambil tahu, ambil faham perkara-perkara halal dan haram dan apa yang semestinya kami laksanakannya ).
Selepas itu, selepas zaman kami, kami dapati ramai orang di datangkan kepada mereka itu Al Quran sebelum iman
( Al Quran sudah sempurna turun, kemimanan belum jelas atau ternyata )
Mereka membaca daripada surah Al Fatihah hingga surah An Nas. Dia tidak tahu apa yang disuruh dan apa yang dilarang kepadanya dan dia tidak tahu apa yang dia hendak buat. Dicampakkan Al Quran itu sepertimana mereka mencampak buah-buah tamar yang buruk.’
Begitulah realiti yang berlaku dizaman Ibnu Omar. Sekarang ini, kita boleh lihat keadaannya sama saja. Di Belanda mereka buat filum mencaci dan mengkritik Al Quran. Ini dikatakan Al Quran diabaikan, tidak dibaca, tidak ambil peduli ajarannya.
Sekarang masyarakat hari ini tidak ada azam pun hendak melaksanakan ajaran Al Quran dan sunnah Nabi Muhammad saw. Menunjukkan keinginan hendak balik kepada Al Quran dan sunnah Nabi saw dalam sistem hidup masyarakat dan bernegara belum ada qosad, macam dicampak seperti buah-buah tamar. Walaupun tidak dicampak Al Quran tapi ajarannya itu dipinggirkan, tidak diberi keutamaan.
6.15 ptg

No comments: