Thursday, May 29, 2008

SIFAT ORANG BERIMAN : MENUNAIKAN AMANAH

SIFAT ORANG BERIMAN : MENUNAIKAN AMANAH
KULIAH OLEH UST OMAR BIN HJ SALEH DALAM IJTIMA’ AM PADA 4.5.2008
ORANG BERIMAN MENUNAIKAN AMANAH
Firman Allah dalam surah Al Mukminun : 8
     
8. Dan orang-orang yang sentiasa menunaikan amanah-amanah dan menempati janji-janji mereka.
Surah An Nisa’: 58
 •       
58. Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah kepada ampunya/ ahlinya/ yang berhak.
Sekiranya seseorang iaitu tidak menjaga amanah maka seseorang itu dikira sebagai khainat, mengkhainati amanah
Surah Al Anfaal: 27
           
27. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu Mengetahui.
Apa disebut amaanat ( amanah-amanah ), menunjukkan amanah itu dalam perlbagai bentuk.
Al Shahid Syed Qutub menjelaskan bahawa amanah itu bermula dengan amanah kubra ( besar ) yang dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia iaitu amanah Hidayah, amanah MakrifatuAllah dan amanah Iman kepada Allah dengan penuh kesedaran. Bertolak dari sini ( mengikut tasawur Islam ) semua amanah itu dilaksanakan kerana Allah. Oleh itu, segala amanah walaupun kita bersama manusia tapi amanah itu dilaksanakan kerana Allah.
Maka dibahagikan amanah itu kepada tiga bahagiaan mengikut Sheikh Abu Toha Muhammad Mahmud Umair
Amanah seseorang hamba Allah itu dengan Allah
Amanah seseorang hamba Allah itu dengan dirinya sendiri
Amanah seseorang hamba Allah itu dengan orang lain / masyarakat
AMANAH SESEORANG HAMBA ITU DENGAN / TERHADAP ALLAH
Apa yang diamanahkan oleh Allah untuk hamba / manusia menjaganya. Ringkasnya melaksanakan apa yang Allah perintah dan meninggalkan apa yang Allah larang bermakna kita menunaikan amanah yang diamanahkan oleh Allah. Setiap hari kita berjanji dengan Allah dalam surah Al Fatihah yang bermakna “ Hanya kepada Engkau ya Allah kami perhambakan diri dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan “
Sebarang maksiat yang dilakukan bermakna mengkhainati Allah. Sebenarnya dia tidak boleh mengkhainati Allah dan perbuatan dia itu balik kepada dirinya sendiri. Allah tidak boleh dikhainati, ditipu dan dikecuh. Walau bagaimana pun, perbuatan dia itu khainat, ini difahamai daripada surah Al Anfaal : 27
           
27. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu Mengetahui.
Jelaslah amanah-amanah seseorang hamba terhadap Allah adalah meliputi kewajiban terhadap Allah dan menjauhi larangNya. Ini merupakan hak Allah yang mesti dijaga oleh hamba-hamba Allah contohnya solat, zakat, puasa, haji dll
AMANAH SESEORANG HAMBA ITU TERHADAP DIRINYA SENDIRI
Walaupun amanah itu menyentuh diri sendiri tapi perlaksanaannya kerana Allah swt sebab orang beriman buat sesuatu kerana Allah, baru mendapat pahala/ ganjaran yang baik di sisi Allah swt. Memilih untuk dirinyasesuatu yang bermenfaat dan baik baginya ( kebaikan itu bukan dunia saja tapi sampai terus ke akhirat ) seperti menuntut ilmu. Menuntut sebarang ilmu yang bermenfaat adalah diiktiraf / diakui oleh syara’ / Islam. Menjaga kesihatan diri, menjaga jiwa daripada kemudhoratan, maruah diri dan akal. Menjaga dhorurah yang lima itu memang menyentuh diri kita, menjaga Deen, jiwa, akal, harta benda dan maruah/ kehormatan diri/ nasad ( keturunan ). Semua itu melibatkan diri sebab itu tubuh badan kita adalah amanah, akan di soal / akan ditanya.
Surah Al Isra’: 36
        •         
36. Dan janganlah kamu ikut / buat apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya ( nak buat sesuatu kenal ambil tahu, belajar, tentukan kebenarannya atau kesohihannya, jangan buat ikut hawa nafsu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati ( apa yang kita niat, qosad, azam dan lintasan-lintasan dalam hati), semuanya itu akan di tanya / disoal oleh Allah.
AMANAH SESEORANG HAMBA ITU TERHADAP ORANG LAIN
Kita pulangkan harta benda itu sebagai amanah, jangan khainat, jangan pecah amanah, jangan tipu, kita tidak melakukan penipuan dalam sesuatu hal. Tanggungjawab yang kita ndipertanggungjawab itu kita laksanakan kerana Allah. Ketika kita berdepan dengan musuh maka rahsia umat Islam tidak boleh dibocorkan/ dedahkan. Bahkan amanah itu luas termasuk amanah kita dengan keluarga kita. Kita sebagai seorang bapa/ suaimi maka kita perlu tunaikan amanah itu dengan sebaik-baiknya. Jika kita menjadi pemimpin dalam sesebuah masyarakat maka ketika itu kita pegang amanah terhadap masyarakat di bawah tanggungannya.
Begitu juga maslahat kebaikan-kebaikan umat, sesuatu yang dikehendaki kita lakukan untuk kebaikan umat, itu juga amanah. Begitu juga segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, kita perlu menfaat nikmat itu untuk jalan Allah, jalan yang diredhai Allah. Suara kita untuk memilih kepimpinan untuk mengurus orang-orang Islam, kita hendak bagi kepada siapa? Suara itu amanah.
Islam sangat mengambil berat tentang amanah ini hingga kepada orang bukan Islam pun, kita perlu berlaku adil. Keadilan Islam itu berjalan dalam pengurusan masyarakat. Al Maidah : 8
          •            •        
8. Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan keadilan karena Allah menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Selagimana mereka patuh kepada perlembagaan Islam, kita perlu bagi hak-hak mereka ( kafir zimmi ). Jika mereka menancam perlembagaan Islam ia termasuk dalam kategori kafir harbi. Itu dikatakan amanah. Khalifah Omar bin Abdul Aziz menangis ketika menjadi khalifah kerana mengenang amanah ( dikatakan wali Bani Umaiyah ). Dulu pakaian 500 dirham masih murah. Selepas jadi khalifah, harga baju 5 bdirham sudah mahal. Isteri memakai barang emas ( warisan nenek ), beliau kata sayang emas atau aku. Emas itu dijual dan dimasakkan ke baitul maal. Kata ahli sejarah, kalau ada khalifah al Rashidin ke 5 maka Umar A Aziz orangnya.

No comments: