Sunday, February 18, 2007

Kepentingan Liqa'

Liqa' adalah program yang dikira penting dalam mempertingkatkan kefahaman, kesedaran dan keiltizaman kita terhadap taklif illahi, taklif yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas kita samada berbentuk wajib dan sunat yang perlu dilaksanakan atau haram dan makruf yang perlu ditinggalkan. Liqa' ini bukanlah sebagai mengisi pelajaran-pelajaran yang tak pernah kita terima atau suatu yang baru tapi ianya suatu yang telah kita lalui, suatu yang telah kita dengar di sana sini. Cuma mungkin kadang-kadang disebabkan kita banyak berinteraksi dengan suasana dan realiti yang ada maka kita jadi lalai dan tidak sensitif dengan taklif yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas kita.

Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana kita tahu realiti kita adalah realiti yang tidak islamik di mana realiti itu merangsang kita untuk ke jalan yang tidak baik.

OLeh itu sekiranya kita tidak ada program-program yang boleh mengingatkan kita dan menyedarkan kita terhadap Deen kita Islam dan kerja-kerja Islam maka mungkin kita akan terlarut dalam suasana orang lain.

Oleh itu kita perlu perbanyakkan liqa' bukan saja yang berbentuk formal tapi liqa' yang berbentuk tidak formal di mana ianya lebih bermakna dan lebih memberi kesan kepada hati dan perasaan kerana ianya tidak dikawal oleh suatu bentuk iltizam yang mugkin kita bersifat pura-pura atau kita terpaksa. Justeru itu kita perlu perbanyakan aktiviti-aktiviti yang mendidik secara releks bukan secara keras tapi dari segi proses/tarbiyah tidak berlaku seperti aktiviti makan bersama, ziarah, bermain dll. Di sana akan nampaklah tobiat-tobiat, kelakuan-kelakuan dan apa saja bentuk yang ada pada diri kita yang telah menjadi darah daging kita di masa yang lalu.

Pada masa sama kita nak lahirkan peribadi-peribadi yang mencerminkan keperibadian Islam yang sebenarnya. Bukan bermakna kita nak jalankan proses tarbiyah dari segi zohir saja tapi kita mahu batin dahulu berjalan dan yang zohir itu akan turut serta. Barulah kita akan dapat natijah-natijah yang kita kehendaki.


Program formal, perlu kita laksanakan dan perlu kita kenakan peraturan-peraturan kerana ini adalah proses meningkat, membentuk dan melatih supaya kita boleh iltizam dengan peraturan. Kalau tidak, maka kita tidak boleh melaksanakan kerja-kerja yang berperaturan.