Sunday, June 15, 2008

SETIAP MUSLIM BERTANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SWT

SETIAP MUSLIM BERTANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SWT
( Sedutan Kutbah Jumaat oleh Ust Abdul Hadi Othman )

Mudah-mudahan umur, tenaga , potensi, kemampuan yang masih ada, sihat tubuh badan yang dinikmati dan rezki yang masih dikecapi dan dirasai. Semuanya dapat kita jadikan modal untuk taat mengabdikan diri kepada Allah menjadi orang soleh dan musleh. Seterusnya terus berdakwah mengajak diri, keluarga dan masyarakat untuk terus berpegang dan merasai izzh ( merasa mulia ) terpilih menjadi ummat NM saw dan menganut Islam.Firman Allah bermaksud
“ Sesungguhnya Deen di ssisi Allah ialah Islam “
Nabi bersabda bermaksud
“ Sesungguhnya Allah membahagi-bahagikan akhlak di kalangan kamu seperti mana Allah membahagi-bahagikan rezki di kalangan kamu. Sesungguhnya dunia ini Allah beri kepada sesipa saja , orang-orang yang disukai atau orang yang tidak disukai Allah dan Allah tidak memberi Deen ( Islam ) kecuali kepada orang yang dikasihiNya. Maka sesiapa yang diberi oleh Allah Deen ini (Islam) maka sesungguhnya Allah mengasihinya”.
Ayat-ayat Allah dan hadis-hadis yang disampaikan ini diambil oleh generasi awal Islam sahabat Nabi saw dalam bentuk amalan dan penghayatan. Mereka bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melehirkan kesyukuran, penghargaan dan terima kasih kepada Allah yang memilih mereka menjadi umat Nabi dan dianugerahkan nikmat Islam.
Dan mereka terus berusaha untuk meningkatkan iman, jihad dan pengurbanan untuk membangun Deen yang mereka anuti, yang mereka yakini, sebaik Jalan Hidup untuk mereka. Mereka dan umat terdahulu bekerja keras untuk menjaga dan membangun Deen Allah . Mereka telah kembali menemui Allah, meninggalkan budi dan jasa yang sentiasa dikenang berkat pengurbanan dan sumbangan mereka terdahulu kita mendapat nikmat Islam.
Sekarang tibalah pula masa dan peranan kita untuk berusaha dan berkerja bagi membangun kembali Deen Allah ini. Firman Allah bermaksud
“Umat yang demikian itu telah berlalu, bagi mereka apa yang telah mereka usaha. Dan Allah tidak akan menyoal kamu apa yang mereka lakukan.
Maksudnya , apa yang Allah akan soal kita ialah apakah yang telah kita lakukan, sumbangkan semasa hayah ini untuk membangun kembali Deen Allah ini ?
Sebenarnya tidak seorang pun dari kita terkecuali dari amanah dakwah iaitu menyeru kepada makruf dan meninggalkan kemungkaran sekadar termampu Setiap muslim bertanggungjawab untuk melaksanakan perintah Allah dalam kehidupan ini, buat atau laksanakan yang wajib dan tinggalkan yang haram.

Bermula dengan yang pertama iaitu bertauhidkan Allah dan menjauhi segala bentuk syirik supaya semua amalan kita diterima Allah dan tidak menjadi debu-debu yang berterbangan, tidak bernilai disisi Allah.
Firman Allah bermaksud
“Di Hari akhirat nanti dibentangkan apa yang mereka lakukan maka kami (Allah) jadikannya sebagai debu-debu berterbangan – tidak berharga bernilai disisi Allah kerana di dalamnya terdapat syirik”

Yang kedua, mengislahkan atau memperbaiki diri dan jiwa – supaya benar-benar yakin dan beriman kepada Allah, beriman dan yakin bahawa kita akan balik bertemu Allah dan akan diberi balasan di atas segala usaha yang kita lakukan di dunia ini.
Yang ketiga, terus berusaha untuk melaksanakan segala taklif – fardhu ain dan fardhu kifayah.

Firman Allah bermaksud
“Sibghah atau acuan Allah ( ketentuan Allah bermula dengan iman dan bersih akidah ) dan siapakah yang lebih baik sibghahnya ( acuannya ) daripada Allah”
Kesimpulan: keyakinan , kepercayaan , keimanan, pengislahan jiwa dan mentaati Allah adalah merupakan asas atau basic pembangunan ( perubahan ) individu, masyarakat dan umat.
Keimanan yang benar saja yang dapat membe i jawapan yang secukupnya terhadap permasalahan yang dihadapi manusia – kenapa keadaan umat menjadi semakin parah disegi akidah, social dll. Jawapannya masalah akidah , masalah iman tidak selesai. Dengan terbina dan terdidik iman hidup kita akan lebih bermakna, lebih bererti dan lebih berharga, jelas matlamat dan peranan di dalam kehidupan ini. Tanpa iman hidup tak ubah seperti abu yang berterbangan.

Monday, June 2, 2008

TIGA PERSOALAN BESAR

TIGA PERSOALAN BESAR
( Sedutan khutbah Jumaat 4.4.2008 – UO )


Marilah sama-sama kita mengikut langkah-langkah mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan terus iltizam dan patuh mentaati titah perintah Allah swt suruhan mahupun tegahannya. Marilah kita terus bersyukur ke hadrat Allah swt kerana kita telah dikurniakan Jalan Hidup yang selamat dunia dan akhirat iaitu Jalan Hidup Islam, satu-satunya Deen yang diredhai Allah swt, Deen yang ditaklifkan Allah kepada semua manusia agar menganutnya dan terus menerus menghayatinya oleh semua generasi sampailah dunia ini diqiamatkan Allah swt bahkan telah diberi amaran azab kepada orang yang telah disampaikan kepadanya ajaran Allah dan RasulNya dan mereka tidak mahu beriman .
Menurut hadis Rasulullah saw yang dikeluarkan oleh Al Imam Li Bukhori, Rasulullah saw bersabda:

Bermaksud “ Rasulullah saw bersumpah dengan nama Allah yang jiwa Nabi Muhammad berada dalam genggaman Allah bahawa mana-mana seseorang di kalangan umat ini samada yahudi mahu pun nasrani yang mendengan ajaran ( ajaran Rasulullah saw ) kamudian ia tidak beriman terhadap ajaran yang aku ( Rasulullah ) diutuskan membawanya maka ia tergolong dalam golongan penghuni-penghuni neraka".

Oleh itu maka kita rapatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana kita telah mendapat hidayah dan berada dalam Deen Allah. Sebenarnya kita tidak akan mendapat hidayah itu sekiranya tidak dikurniakan oleh Allah swt. Kita berdoa smoga kita ditambah lagi hidayah kepada kita dan ditetapkan pendirian istiqomah di atas Jalan Allah swt ( Jalan Islam ) sepanjang hayat sampailah kita dikembalikan ke rahmatuAllah dalam keadaan mendapat keredhaan Allah swt.

TIGA PERSOALAN BESAR

DARI MANA KITA DATANG
KENAPA KITA DI DATANGKAN KE DUNIA INI
KE MANA KESUDAHAN KITA

Tiga persoalan besar ini telah pun dijawab dalam Al Quran Al Karim. Apa yang penting bagi kita ialah memahami ayat-ayat Allah swt itu, menghayatinya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita dengan penuh rasa mas’uliyah ( bertanggungjawab ) terhadap Allah swt.

Dari mana kita datang. Terdapat banyak ayat-ayat Al Quran menjelaskannya bahawa asal usul manusia adalah diciptakan oleh Allah swt. Antara firman Allah dalam surah Fathir : 11
           
11. Dan Allah swt, Dialah yang menciptakan kamu ( manusia ) dari tanah ( kejadian Nabi Adam as ) . Kemudian Allah menciptakan kamu daripada nutfah ( titisan air benih ) dan seterusnya menjadikan kamu berpasang-pasangan……..


Kenapa kita datang ( didatangkan oleh Allah swt ) ke dunia ini. Telah ditegaskan noleh Allah dalam Al Quran Al Karim dalam surah Al Zariat : 56

“Tidak Aku ( Allah swt ) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku ( Allah swt )
Ibadah yang dimaksudkan itu bukan sekadar ibadah khusus, solat, puasa, zakat dan haji sahaja bahkan meliputi semua aspek kehidupan dalam Deen Allah ( Deen Islam ). Dr Yusof Al Qordhowi dalam kitab ( al ibadah fi Islam ) halaman 50 telah menukilkan kata-kata shkiekh Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan ibadah iaitu ibadah itu perkataan nama yang jami’meliputi / mencakupi semua perkara yang dicintai, disukai, dikasihi dan diredgai Allah swt yang terdiri daripada perkataan-perkataan dan amalan-amalan batin dan zohir.


Ke mana kesudahan kita. Kesudahan manusia seluruhnya kembali kepada Allah swt. Firman Allah dalam surah Al mukminun : 115
        
115. Apakah kamu menyangka bahwa sanya Kami ( Allah ) menciptakan kamu itu hanya sia-sia saja ( tanpa sebarang hikmahnya ), dan kamu menyangka pula bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ( Allah swt)
Dan dalam ayat yang lain Allah swt telah tegaskan bahawa kesudahan manusia seluruhnya kembali kepada Allah.
Firman Allah dalam surah Al Najm: 42-44
•              
42. Dan bahwa sesungguhnya kepada Allah swt kesudahan ( tempat kembali ) segala perkara,
43. Dan bahwasanya dialah Allah yang menyebabkan (menjadikan) seseorang itu tertawa gembira dan Dialah Allah yang menyebabkan seseorang itu menangis dukacita,
44. Dan bahwasanya dialah Allah yang berkuasa mematikan dan menghidupkan semua makhlok.
Daripada keterangan dan dalil tersebut, jelaslah bahawa tiada siapa yang kekal hidup di alam dunia ini. Hidup di dunia ini hanya sementara sahaja dalam rangka berubudiyah kepada Allah swt dan akhirnya semua insan ini akan dikembalikan oleh Allah swt ke alam akhirat untuk dihisap ( dibicarakan ) dalam mahkamah rabbul Jalil dan akan diberi balasan setimpal serta setiap orang akan menerima habuannya masing-masing tanpa sebarang kezaliman.
Marilah kita baca dan teliti firman Allah dalam surah Yaasin : 54 – 64


            •  •                  •                               •  •                  •                                      •   •                 
        •   •                 
Maka pada hari itu ( hari Qiamat ) tidak ada seorang pun yang teraniaya ( kena zdalim ) walaupun sedikit pun dan kamu tidak akan diberi balasan melainkan berdasarkan amalan yang kamu kerjakan. Sesungguhnya penghuni-penghuni syurga pada hari itu berada dalam keadaan sibuk menikmati kesenangan ( kenikmatan ). Mereka dengan pasangan-pasangan ( isteri-isteri mereka ) bersenang lenang di bawah tempat teduh sampai duduk berteleku ( berehat) di atas tempat-tempat duduk mereka. Mereka mendapat pelbagai jenis buah-buahan dan menikmati apa sahaja apa yang mereka ingin dan mereka menerima ucapan salam dari Allah swt yang Maha Mengasihini.
Sebaliknya pada hari itu ( hari Qiamat ) dilaungkan kepada orang-orang mujrim ( orang-orang salah / durhaka/ kafir ) berpisahlah kamu ( hendaklah kamu duduk asing) pada hari ini wahai orang-orang salah ( jahat / kufur ) (yakni jangan kamu duduk bersama dalam barisan orang-orang yang beriman) . Tidak Aku ( Allah ) telah perintahkan kamu wahai bani Adam, jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata ( jelas ) dan ( perintahkan ) hendaklah kamu menyembah Aku ( yakni beribadah kepada Allah ) , inilah jalan yang lurus ( benar ). Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang banyak ( ramai ) di kalangan kamu ( setelah kamu mengetahui akibat mereka itu) maka tidakkah kamu berfikir? Itulah neraka jahanam yang telah diberi amaran kepada kamu dahulu ( semasa di alam dunia dulu ). Rasakanlah bakaran (azab neraka itu) pada hari ini disebabkan perbuatan kufur yang telah kamu lakukan.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

NIKMAT DUNIA SEMENTARA DAN NIKMAT AKHIRAT KEKAL ABADI

NIKMAT DUNIA SEMENTARA DAN NIKMAT AKHIRAT KEKAL
(Sedutan Kutbah Jumaat pada 30.11.2008 – UOHS)

Telah dimaklumkan bahawa manusia adalah ciptaan Allah dan alam seluruhnya adalah ciptaan Allah bahkan alam seluruhnya dijadikan oleh Allah swt untuk faedah manusia. Firma Allah dalam surah Al Baqorah : 29
    •   
29. Dia-lah Allah, yang menciptakan apa yang ada di bumi untuk kamu ( manusia )
Namun demikian seharusnya kita dan semua manusia sedar bahawa nikmat yang dicapai di dunia ini hanyalah sementara sahaja, akhirat juga yang kekal. Dunia ini adalah dinamakan darul fana’ ( kampung yang akan binasa ) dan akhirat dikenali dengan nama darul baqa’( kampung yang berkekalan ). Kita boleh mengambil menfaat ( faedah ) daripada matabenda dunia dalam batas-batas syara’sebagai keperluan hidup bukan sebagai matlamat hidup.

Kalau manusia meletakkan dunia dan kesenangan dunia sebagai matlamat hidup maka manusia itu telah tertipu kerana dunia dan segala isinya adalah terlalu kecil ( sedikit ) berbanding dengan hari akhirat. Lihat pertanyaan Allah dalam Al quran surah At Taubah : 38
               
38. Adakah kamu redha (puas hati) dengan kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kesenangan atau nikmat hari Akhirat kelak
Oleh itu tuntutlah kesenangan dan kebahgiaan di hari akhirat melalui apa-apa yang telah dikurniakan atau didatangkan Allah kepada kita di dunia ini, kerana dunia ini ibarat ladang tempat bercucuk tanam dan hasil sebenarnya dipungut pada hari akhirat, insyaAllah. Perhatikanlah amaran Allah swt dalam Al Quran dalam surah Hud : 15 – 16
                      •       •   
15. Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata hendak mendapat kehidupan dunia dan perhiasannya ( tanpa menghiraukan sah batalnya, haram halalnya) maka Kami ( Allah ) akan sempurnakan (akan beri) hasil usaha mereka itu dunia ini dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
16. Mereka itulah orang yang tidak ada apa-apa habuan bagi mereka pada hari akhirat melainkan mendapat azab neraka. Pada hari itu gugur ( sia-sialah ) apa yang telah mereka lakukan di dunia serta batallah apa yang mereka telah amalkan.