Thursday, May 29, 2008

KEIKHLASAN ( 2 )

KEIKHLASAN ( 2 )
KULIAH OLEH UST OMAR BIN HJ SALEH DALAM IJTIMA’ AM PADA 27.1.2008

Dr Yusof Al Qohhowi dalam kitab Al Ibadah fil Islam menjelaskan:
“Hati adalah perkara asasi dalam Islam dan qalbu manusia inilah menjadi tempat penilaian dan tempatnya diberi focus / perhatian dalam menilai sesuatu amalan. Sesuatu amalan itu diterima dan dapat kejayaan di hari qiamat nanti terletak kepada hati manusia ini “.
Oleh sebab itu, dalam riwayat Imam Muslim, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“Allah swt tidak memandang kepada tubuh badan kamu dan rupa paras kamu tetapi Allah swt memberi penilaian kepada hati dan jiwa kamu”
Jadi berdasarkan hati dan jiwa manusia itulah focus penilaian seseorang, bukan pada tubuh badannya dan rupa parasnya.
Oleh itu dalam riwayat lain, Iman Bukhori dan Muslim bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud
“Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada mudhrah, bila soleh mudhrah itu maka solehlah seluruh jasadnya dan bila rusak mudhrah itu maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itulah hati”
Jadi titik tolak manusia hendak jadi baik ialah hatinya. Bila hati diproses dengan didikan iman maka hati menjadi soleh dan seluruh hidupnya menjadi soleh juga. Sebaliknya jika hati itu fasad maka dirinya rosak dan seluruh kehidupannya menjadi rosak.
Oleh itu focus kepada hati diberi penekanan dalam Al Quran dan hadis Rasulullah saw. Firman Allah dalam surah Qof: 31-34
 •         •   •              
“ Ingatlah hari yang didekatkan syurga kepada orang-orang beriman, ditempatkan tidak jauh kepada mereka, inilah apa yang dijanjikan kepada kamu iaitu kepada orang yang sentiasa kembali kepada Allah, mengerjakan ibadah dan orang-orang yang menjaga sebaik-baik hukum Allah iaitu orang yang takut melanggar perintah Allah swt dalam keadaan ghaib/ dalam keadaan tidak melihat azab Allah. Mereka datang kembali kepada Allah dengan hati yang tunduk patuh kepada Allah maka pada hari Qiamat mereka dipersilakan oleh malaikat, masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat sejahtera. Itulah permulaan kehidupan yang kekal abadi “.
Oleh itu, pada nilai Islam, ibadah yang mendapat keredhaan Allah, bukanlah kerangka-kerangka yang kosong tapi ibadah yang ada roh, ibarat jasad yang ada roh. Ibadah yang disertai dengan niat yang soleh, benar-benar ikhlas semata-mata dilakukan kerana Allah dan ibadah itu melahirkan natijah, hasil atau kesan daripada ibadah itu dan lahir dalam syahsiahnya.
Firman Allah swt dalam surah Al Ankabut: 45
                        
“Hendaklah kamu mendirikan solah, sesunggohnya solah itu mencegah perbuatan fahsa dan mungkar dan zikir Allah itu yang paling besar, sesunggohnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu lakukan”
Dalam penjelasan Dr Yusof Al Qadhowi yang membawa penjelasan daripada Ibni Taimiyah bahawa solah itu menolak kejahatan yang dibenci iaitu fahsya dan mungkar. Solah itu juga menghasilkan kebaikan yang digemari , disukai dan dicintai oleh Allah swt iaitu zikruAllah”.
Kebaikan yang digemari itu lebih besar iaitu zikirAllah itu lebih besar, lebih besar dari segi kesannya/ implikasainya. Sebab itu zikirAllah itu dikira ibadah kepada Allah melalui cetusan hati yang beriman secara langsung dengan Allah. Manakala fahsya dan mungkar itu tertolak apabila seseorang itu zikirAllah/ ingat Allah.
Oleh itu, berbahagialah orang-orang yang membersihkan jiwanya / hatinya dan berbahagialah orang-orang zikirAllah serta mendirikan solah. Firman Allah yang bermaksud
“Sesunggohnya berjayalah/ berbagialah orang yang menyucikan hatinya dan ingat kepada Allah penciptanya dan dia mendirikan solah”
Solah yang dikehendaki ialah solah yang berfungsi melahirkan kesan ibadah. Dia sujud dan ruku’ kepada Allah bukan percuma tapi ada dalam syahsiyah/ peribadinya bahawa sebenarnya berubudiyah kepada Allah.
Firman Allah dalam surah Al Fath:29 yang bermaksud
                           
“Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Orang-orang yang bersama dengan Rasulullah itu ialah orang-orang yang beriman dengan Allah dan Rasulullah, tegas terhadap orang-orang yang kufur terhadap Allah swt. Kamu dapati mereka itu sama-sama ruku’ dan sama-sama sujud ( beribadah kepada Allah, mereka sentiasa dalam Jamaah). Mereka itu mencari kurniaan Allah dan keredhaan Allah. Wajah mereka terdapat kesan-kesan sujud ( pada diri mereka bukan pada wajah saja. Disebut sebahagian tapi dikehendaki semua ).
Apabila dia beribadah maka berubah tingkahlakunya daripada tidak baik kepada baik sebab dia sudah berubudiyah kepada Allah, dia sujud dan ruku’ kepada Allah. Syakhsiyah mukminah pada dirinya terdapat kesan-kesan daripada ibadah kepada Allah.
Sebaliknya jika seseorang itu solah secara zahirnya tapi tiada kesan pada dirinya, tiada rasa takut kepada Allah, tiada rasa muraqobah Allah maka solah seperti itu tidak sampai ke mana. Perbuatan keji dan mungkar tetap berlaku walaupun hari-hari mengerjakan solah. Syakhsiyahnya sama dengan orang tidak beriman. Ini solah ‘kudong dan cacat’ dan dikira sebagai sesuatu yang sudah mati, tidak bernyawa lagi.
Oleh itu solah yang berfungsi mendidik diri kita menjadi orang yang benar-benar membawa syakhsiyah mukminah dan dikatakan kesan daripada beribadah kepada Allah. Walaupun setiap hari kita mengerjakan solah tapi kalau kita tidak mengambil perhatian maka tidak lahir kesannya dalam kehidupan.
Sebab itu peranan hati sangat penting, kita laksanakan ubudiyah itu ikhlas kerana Allah swt. Kita mengerjakan solah, zakat, haji, belajar , kerja dll semuanya liAllahi taala. Segala amalan , perbuatan dan pekerjaan itu perlu ada rohnya iaitu keikhlasan kita. Roh kepada amalan itu ialah keikhlasan.
Kadang-kadang kita ikhlas tapi orang tipu kita maka ada pahlanya. Contohnya bagi sedekah tapi kena tipu. Riwayat Imam Bukhori daripada Abi Hurairah Rasulullah saw menceritakan yang berfmaksud:
“ Ada seorang lelaki hendak bagi sedekah, dia keluar pada waktu malam dan tiba-ttiba sedekah itu terjatuh kepada tangan pencuri”. Pada keesokan harinya, orang bercakap bahawa sipulan itu bagi sedekah kepada pencuri. Lelaki itu berkata, “segala puji bagi Allah, sedekah itu jatuh kepada pencuri”.
Pada malam kedua, lelaki itu berazam lagi hendak bagi sedekah tapi sedekah itu terjatoh kepada penzina. ”. Pada keesokan harinya, orang bercakap bahawa sipulan itu bagi sedekah kepada penzina. Lelaki itu berkata, “segala puji bagi Allah, sedekah itu jatuh kepada penzina”.
Pada malam ketiga, lelaki itu berazam lagi hendak bagi sedekah tapi sedekah itu terjatoh kepada orang kaya. Pada keesokan harinya, orang bercakap bahawa sipulan itu bagi sedekah kepada orang kaya. Lelaki itu berkata, “ Ya Allah, aku bersyukur kerana sedekah ku terjatoh kepada pencuri, penzina dan orang kaya”.
Lelaki itu bermimpi, malaikat memberitahunya bahawa sedekah kepada pencuri itu menyebabkan dia berhenti daripada mencuri, penzina itu berhenti daripada berzina dan orang kaya itu mengambil iktibar dan b ersedia member infa’ fisqabilillah daripada harta benda yang baik itu.
Bermakna tidak sia-sia apa yang dia bagi itu. Keikhlasan itu dikira sebagai sumber asas yang membawa kepada kebaikan.
TAMAT 6.20 ptg.

No comments: