Thursday, May 29, 2008

KEIKHLASAN ( 1 )
KULIAH OLEH UST OMAR BIN HJ SALEH DALAM IJTIMA’ AM PADA 20. 1 2008
Marilah kita merapat syukur kehadhrat Allah swt kerana dengan izinNya pada petang yang berbahagia ini sekali lagi kita dapat hadir untuk meneruskan ijtima’ am yang selalu kita adakan bagi mengulangkaji ajaran Allah di samping menambah kefahaman berhuhung dengan Deen Allah dan tuntutan-tuntutannya. Kita juga bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur, diberi kesihatan meneruskan kehidupan di bumi ini, semoga kita mendapat keredhaan Allah sepanjang hayat dalam kehidupan kita di dunia ini dan di alam yang ada di hadapan kita nanti, alam barzah, alam qiamah, alam al akhirat.
Kita mengharapkan Allah perteguhkan keimanan dan ketakwaan serta ditetapkan kita berada di jalanNya, sentiasa istiqomah, sentiasa iltizam, taat da patuh kepada tintah perintah Allah swt hingga kita berterusan dalam keadaan sedar berubudiyah kepada Allah.
KEIKHLASAN
Diperjelaskan oleh Dr Yusof AlQodhowi berkaitan dengan Al Ikhlas iaitu kita buat sesuatu dengan kehendak kepada keredhaan Allah.
Sesuatu amalan , tindakan dan aktiviti yang kita laksanakan semasa hidup di dunia ini semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan dibersihkan daripada sebarang kepentingan duniawi (contohnya hendak rebut kekayaan, harta benda, kemasyhuran, kedudukan , kepujian dan mengikut runtutan hawa nafsu) .
Boleh diringkaskan bahawa amalan yang dikerjakan selain daripada mendapat keredhaan Allah maka dinamakan tidak ikhlas dan orang yang melakukan sesuatu kerana mengharapkan keredhaan Allah semata dan bersih daripada sebarang kepentingan tertentu dikatakan iklhas.
Keikhlasan ini, kerja-kerja yang dilaksanakan kerana Allah itu adalah natijah daripada keimanan dan tauhid yang sempurna. Sebab itu berubudiyah hanyasanya kepada Allah dan memohon pertolongan hanya kepada Allah seperti yang ditakbirkan dalam Al Quran dalam surah al Fatihah
“Hanya Engkau ya Allah kami mengabdikan diri dan hanya kepada engkau yang kami pohon pertolongan”
Oleh itu al riya’ adalah lawan kepada keikhlasan dan riya’ itu dikira sebagai / jenis syirik yang disebut dalam hadis nabi saw. Sadad bin Aus ra berkata, bahawa kami pada zaman Rasulullah saw kami menghitung bahawa al riya’ itu adalah syirik kecil.Hendak jaga keikhlasan memang sukar. Kata Dr Yusof Al Qordhowi, perlu dibersihkan kerja-kerja kita daripada matlamat duniawi dan kepentingan-kepentingan diri . Sebab keikhlasan itu kerana Allah, bererti suatu kemenangan dan kejayaan mengatasi sifat ego, sifat penting diri dan segala sifat kepentingan duniawi.
Hendak mengatasi sifat-sifat ini memerlukan kepada mujahadah, perlu lawan jiwa kita, diri kita. Mujahadah yang sungguh-sungguh bukan main-main. Di samping itu perlu ada muroqabah iaitu sentiasa sedar dan waspada secara berterusan. Jangan biarkan ada lubang-lubang yang boleh dimasuki oleh syaitan. Kita perlu hindarkan godaan-godaan syaitan yang biasanya melalui hawa nafsu. Jiwa manusia dibekalkan Allah keinginan-keinginan dan naluri. Sebab itu perlu muroqabah secara berterusan.
Inilah yang disebut bahawa amat sukar hendak mengawal keikhlasan.
Dengan itu, bukan kita tidak boleh mencari nafkah dan menjawat jawatan tapi semua itu kita lakukan kerana Allah, kita bertanggungjawab kepada Allah dan tidak ada kepentingan diri dan duniawi. Ketua itu diamanah mengepalai saja, dia juga perlu laksanakan kerana menunaikan perintah Allah swt dan tidak boleh tipu, putar belit serta khainat. Dia mengurus, mentadbir, mengajar atau belajar semuanya kerana Allah. Oleh itu keikhlasan ini menjadi syarat amalan kita diterima Allah.
Asas amalan hendak diterima disisi Allah (qobul li amal) ada dua rukun:
1 Setiap amalan itu dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah. Niat perlu betul, niat itu soleh
2 Amalan itu menempati ajaran Rasulullah saw dan mengikut syara’ ( ajaran Allah). Atau yang tidak berlawanan dengan syara’. Walaupun tidak disebut dalam sunnah dan tidak bercanggah dengan syara’ maka ini peringkat mubah / harus, masih lagi dalam lingkungan syara’
Terdapat dua aspek dalam dua rukun itu
1 Dalam diri manusia – niat atau qosad kerana Allah
2 Luaran diri manusia - dia membuat amalan atau aktiviti seperti solah, baca AlQuran, mengurus, mengajar, belajar dll
Betul dalam manusia dan luaran manusia, barulah menempati amalan itu dimakhbul / diterima oleh Allah. Semua ini ada asas / dasarnya.
Niat itu mesti betul / soleh berdasarkan hadis yang bermaksud
“Hanya sanya setiap amalan itu mengikut niat”
Mengikut ajaran Rasulullah saw ada asaanya iaitu hadis yang bermaksud
“Sesiapa yang membuat sesuatu amalan yang bukan dari ajaran kami maka ia ditolak (mardud)”
Apa ertinya hidup kalau semua amal kita kena tolak. Dia buat sesuatu bercanggah dengan ajaran Rasulullah saw, ajaran Allah atau berlawanan dengan syara’. Walau pun dia menyangka dia buat baik tapi yang pertama, niatnya ada kepentingan diri / duniawi.
Firman Allah dalam surah Lokman :22
`tBur öNÎ=ó¡ç„ ÿ¼çmygô_ur ’n<Î) «!$# uqèdur Ö`Å¡øtèC ωs)sù y7¡ôJtGó™$# Íouröãèø9$$Î/ 4’s+øOâqø9$# 3 ’n<Î)ur «!$# èpt7É)»tã Í‘qãBW{$# ÇËËÈ
“Sesiapa yang menyerah wajahnya (dirinya) kepada Allah dan dia benar-benar melakukan ehsan dalam amalan (penuh didekasi, kesungguhan dan tak cuai – amalan itu dikehendaki Allah, paling kurang ia tidak bercanggah dengan ajaran Allah dan ajaran Rasulullah saw) maka dia sebenarnya diibaratkan memengang tali yang kukoh . Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala urusan “.
Yang lain itu menunggu masa untuk putus, tidak kukuh, lambat laun akan tercampak ke neraka!
Jadi Allah rangkum dua rukun iaitu serah diri kepada Allah – ikhlas dalam qosad/ niat/ azam semata-mata kerana Allah swt dan kita ehsan dalam amalan kita itu – kita melaksanakan sungguh-sungguh, didekasi dan itqan.
Hadis: “Sesunggohnya Allah amat cinta / kasih apabila seseorang kamu buat sesuatu dan dia itqan dalam amalan dia (sunggoh-sunggoh, dedikasi)”.
Orang yang menempati kedua-dua rukun tersebut, dia berpegang kepada tali yang kukoh yang mungkin tidak putus.
Oleh sebab itu Imam Fodhil bin Iyad menjelaskan tentang ayat dari surah Al Mulk:2
“Ï%©!$# t,n=y{ NöqyJø9$# no4qu‹ptø:$#ur öNä.uqè=ö7u‹Ï9 ö/ä3•ƒr& ß`¡ômr& WxuKtã 4 uqèdur Ⓝ͕yèø9$# â‘qàÿtóø9$# ÇËÈ
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,

Sebaik-baik amalan ialah ikhlas sunggoh dan tepat amalan itu. Aba Ali bertanya, apa dia ikhlas sungguh dan tepat amalan itu. Fodhil berkata, sesunggohnya sesuatu amalan itu ada ikhlas tapi tidak betul (berlawanan dengan syara’) maka tidak diterima (berlawanan dengan syara’). Begitu juga ada yang betul amalan itu tapi tidak ikhlas (ada matlamat-matlamat duniawi) maka tidak diterima juga. Jadi amalan itu mestilah ikhlas dan betul barulah diterima/ maqbul.
Kamudian Fodhil bin Iyad membaca ayat dalam surah Al Kahfi:110(
`yJsù tb%x. (#qã_ötƒ uä!$s)Ï9 ¾ÏmÎn/u‘ ö@yJ÷èu‹ù=sù WxuKtã $[sÎ=»¹ Ÿwur õ8ÎŽô³ç„ ÍoyŠ$t7ÏèÎ/ ÿ¾ÏmÎn/u‘ #J‰tnr& ÇÊÊÉÈ
“Sesiapa yang mengharapkan bertemu Allah, hendaklah dia buat amalan soleh dan jangan dia syirik ( sekutu/ riak) dalam amal ibadah itu”.
Semua amalan hidup kita menjadi ibadah jika ikut syarat-syaratnya. Contohnya membina masjid bukan untuk menarik pelancong tapi dibina di atas asas taqwa. Sebab itu orang-orang munafiq dulu membina masjid di Madinah untuk menandingi masjid Rasulullah. Telah diceritakan dalam hadis dan Al Quran tentang masjid Dhiradh, firman Allah dalam surah At Taubah 107-108 dan 109.

Jadi sudah berlaku dalam sirah, walaupun membina masjid tetapi boleh mendatangkan bahaya.
‘Orang-orang yang membina masjid tapi boleh mendatangkan bahaya kepada orang-orang Islam’
Mereka hendak perkokohkan kekufuran mereka, system kufur mereka, hendak pecah-pecahkan orang Islam , hendak jadi pengitip dan memberi keuntungan kepada musuh-musuh Allah. Orang-orang munafiq adalah musoh Allah dan Rasul sejak dahulu lagi.
Pada zahirnya nampak melaksanakan perkara yang baik iaitu membina masjid tapi niat mereka lain, Allah sudah rakam dalam AlQuran. Bila rahsia mereka terbungkar, mereka bersumpah bahawa mereka hendak laksanakan perkara yang baik tapi Allah saksikan mereka itu adalah golongan yang dusta. Jangan pergi solat di situ.
Sesungguhnya masjid yang diasaskan di atas taqwa sejak hari pertama lagi maka masjid itulah yang layak kamu solat seperti masjid qoba’ dan masjid nabawi dan bukan masjid dhirodh. Dalam masjid yang dibina atas taqwa terdapat rijal (pendokong-pendokong Islam, mujahid-mujahid Islam). Sesungguhnya Allah amat cinta orang yang bersih dirinya.
Tamat 6.15 ptg.




No comments: